....... salji

May 06, 2014

#prayforUPU ~ jokes + reality





7 Mei 2014, 12 a.m. UPU disahkan hilang dari radar dan dijangka mendarat pada 19 Mei 2014.

Tapi KPM telah memaklumkan bahawa UPU disahkan berpatah balik ke 10 Mei 2014.

Serpihan2 UPU yang dikhabarkan melalui Laman Web UPU telah sedikit sebanyak menenangkan hati keluarga penumpang UPU yang terdiri daripada lepasan SPM 2013 .
 

Namun tarikh sebenar UPU mendarat masih...menjadi spekulasi pelbagai pihak
menyebabkan bakal2 Form 6 jadi tidak keruan dan hampir berputus asa dengan
pencarian ini .
 

Sekarang ini pelbagai masalah telah timbul ekoran kejadian tersebut .

Bakal matrikulasi sekarang buntu dengan pilihan masing2 termasuk bakal pelajar IPTS yang risaukan tarikh tutup pembayaran yuran dan sebagainya .
 

Teruskan berdoa agar UPU selamat mendarat dan berjaya ditemui . Dalam erti kata lain, moga kita cepat dapat perkhabaran dari UPU .....
 

#prayforUPU disamping prayfor MH370 ...

Fadhilat Surah Al-Mulk


Assalamualaikum, di sini, hari ini byla ingin kongsikan sedikit sebanyak fadilat tentang surah pilihan yang sering didengari......

*Surah A-Mulk ....


 
Dari Ibn Mas'ud r.a. , Rasulullah S.A.W bersabda : " Surah Tabaraka (Al-Mulk) adalah penahan dari azab kubur".

 
Ada diceritakan dalam al-Quran bahawa seorang yang beramal dengan surah al-mulk.. Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal..
Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. Malaikat berkata “ya ahlul kitab.. Aku knl kamu.. Kamu al-mulk.. Kenapa kamu datag ke sini?”

Seraya al-mulk menjawab “Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku.. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini..”
Malaikat menjawab, “Wahai al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami..”

Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.. ”Wahai Allah.. Aku adalah kitab-Mu.. Aku mahu melindungi manusia itu.. Jika
Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU..”

Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.. Terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut.. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia.. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya,

“Ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat.. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur.. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak..”
 
 
merdunya, Hamba Allah nie membaca ayat suci Al-Quran .-_-.